CARA MENGUBATI SIHIR YANG TERMAKAN
Cara terbaik mengatasi sihir makan (santau, nasi tengas, nasi kangkang atau apa sahaja jenis sihir makan). Mangsa selalunya menghadapi keadaan perut memulas, rasa loya ketika pagi, terasa sesuatu bergerak di perut dan ada kalanya terdapat kegatalan di kulit yang mengiringi simptom tadi. Jika di waktu membaca ruqyah gejala ini makin tampak jelas, maka jelaslah ia sihir. Ubat asasnya ialah
a. Habatus saudah 250 gram, secawan hulbah (halba) dan 6 liter air direbus bersama kemudian didinginkan.
b. Baca ruqyah dan doa pada minuman tadi.
c. Sediakan madu 1 liter untuk dibuat minum
Ramuan di atas diminum selama 48 jam. Sepanjang 48 jam ini, tidak boleh makan dan minum selain ramuan herba ini sahaja. Mangsa akan muntah dengan sendiri, tetapi jika tidak muntah, arahkan mangsa menemui Mu’alij selepas 48 jam (2 hari) dari tempoh pengambilan herba tadi.
No comments:
Post a Comment