Sunday 12 February 2012

SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta  


JENIS-JENIS SIHIR
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati


SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.



Gangguan Jin

Gejala yang mungkin berlaku:

• Hysteria.
• Kerasukan/tidak sedarkan diri.
• Rasa rendah diri.
• Rasa ketakutan.
• Hilang daya tumpuan untuk melakukan pekerjaan.
• Diganggu semasa beribadat hingga sukar melaksanakan solat, zikir dan sebagainya.
• Terdengar bisikan/suara.

Gangguan Sihir

Gejala yang mungkin berlaku:

• Terdapat lebam-lebam pada badan.
• Terdapat kesan gigitan pada badan.
• Tidak mampu bangun untuk menjalankan aktiviti harian.
• Hilang keyakinan diri.
• Rasa rendah diri.
• Premis perniagaan tiada pelanggan (pelanggan tidak nampak).
• Gangguan ketika beribadah.
• Hubungan keluarga tiba-tiba dingin dan hambar.
• Terkena penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya.

Gangguan Saka

Gejala yang mungkin berlaku:

• Mimpi harimau, ular, buaya dan lain-lain.
• Hysteria.
• Teringatkan orang yang sudah meninggal dunia.
• Ketakutan.
• Terdengar bisikan yang mengarahkan melakukan sesuatu.
• Pelbagai masalah lain yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden.


Wednesday 8 February 2012

video 1/2

sihir akibat dendam....

MERAWAT PESAKIT AKIBAT TERKENA BUATAN ORANG



pengalaman dlm mngubat penyakit mistik spt ni..jd kalau ade sape2 or sedara mara, kwn2 yg perlukan bantuan..hubungi sy nanti..

PERUBATAN ISLAM AURA WAHYU

PERUBATAN ISLAM AURA WAHYU, KG GONG DATOK, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN..
Berpengalaman dalam merawat sihir, saka, santau, gangguan jin dan lain-lain...Untuk pentanyaan:
Sila hubungi Asri di 0139975062